CUTI-CUTI MALAYSIA TRAVEL FAIR 2022

Kerajaan Johor menerusi Tourism Johor akan menyertai promosi Cuti-Cuti Malaysia Travel Fair 2022 pada 1 hingga 3 Julai 2022 bertempat di Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Pameran yang dianjurkan oleh Global Exhibitions Organisers Sdn. Bhd. dan disokong oleh Tourism Malaysia ini bakal dikunjungi seramai lebih 30,000 pengunjung sepanjang tiga (3) hari promosi berlangsung, melibatkan penyertaan lebih 70 ruang pameran di sana.

Selain Tourism Johor sendiri yang mengadakan promosi, terdapat juga agensi lain yang turut serta dalam ‘Johor Pavillion’ termasuklah:-

  1. Persatuan Pelancongan Daerah Kota Tinggi
  2. Bayu Balau Beach Resort
  3. Lanting Beach Resort
  4. Cattle Queen Park, Kluang
  5. Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Bandar Penawar
  6. Trove Johor Bahru
  7. RENAISSANCE JOHOR BAHRU
  8. Ghazrins Budget Hotel Sdn. Bhd.

Jangan lupa untuk anda khasnya warga Bandaraya Kuala Lumpur untuk dapatkan pelbagai pakej menarik di bawakan kepada anda. Kunjungilah “Johor Pavillion” di ruang pameran #204 – 213.

Jumpa anda di sana👌