DESARU 2ND INTERNATIONAL BIKE WEEK

Sekitar suasana hari kedua acara Desaru 2nd International Bike Week yang sedang berlangsung bertempat di Pantai Awam Desaru, Kota Tinggi, Johor pada 22 hingga 24 September 2023.
Sejak dari seawal jam 10.00 pagi, Booth Tourism Johor telah dikunjungi oleh orang ramai khasnya mereka yang datang singgah untuk mendapatkan pelbagai informasi pelancongan dan pelbagai barangan eksklusif yang dibawakan khas oleh Tourism Johor. Turut mengunjungi Booth Tourism Johor adalah YB Tuan Raven Kumar Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor yang turut diiringi YB Tuan Mohd Hairi Bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.
Ribuan pengunjung bermotor pelbagai model dan edisi berkuasa tinggi telah memeriahkan acara pada hari ini dengan menyertai pelbagai acara seperti Konvoi Motosikal Harley-Davidson, Pameran Motosikal & Kereta Klasik, Aktiviti Sukan Air dan Pertunjukkan Jet-Ski, Pesta Campfire dan BBQ, Konsert Kumpulan Indie, Cabutan Bertuah dan banyak lagi!
Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan di atas.
.
#tourismjohor
#majesticjohor
#yokroundjohor
#DesaruInternationalBikeWeek
#johor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *