KUALA TERENGGANU: Enam cef Hotel Paya Bunga di sini mencipta sejarah cemerlang apabila mengungguli tujuh kategori dalam World Chefs Championship 2024 di Johor, baru-baru ini. Pengurus Besar Hotel Paya Bunga, Abdul Hadi Alias berkata, kesemua cef tersebut berjaya mengalahkan 2,100 peserta yang lain dalam kejohanan itu.