FAMTRIP HARLEY DAVIDSON OWNER CLUB JOHOR BAHRU CHAPTER MALAYSIA KE STADIUM SULTAN IBRAHIM PADA 10 MAC 2024

Famtrip HOG Johor Bahru Chapter Malaysia telah diadakan ke Stadium Sultan Ibrahim dengan kerjasama Tourism Johor. Seramai 40 peserta telah menyertai lawatan ke Stadium ikonik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Stadium Sultan Ibrahim. Encik Sharil Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor hadir sama meraikan lawatan famtrip ini.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau fasiliti dan kemudahan yang disediakan di Stadium Sultan Ibrahim. Turut menjadi pengisian sepanjang lawatan ini adalah JDT Hummer Tour yang juga dibuka kepada pengunjung pada setiap Jumaat hingga Ahad, waktu operasi bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan kadar harga tiket RM30.00.
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk menyaksikan reka bentuk stadium yang moden dan peserta juga diberi peluang merasai sendiri kemudahan bertaraf antarabangsa yang dinikmati oleh keluarga Harimau Selatan dengan menaiki kenderaan limosin mewah.
Peserta Harley Davidson juga berpeluang merasai pengalaman istimewa apabila dibawa mengelilingi stadium menaiki limosin mewah dengan penerangan mengenai sejarah dan berpeluang melihat sendiri replika bola yang ditandatangani pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT).
JDT Hummer Tour yang menjanjikan pengalaman ekslusif dan servis yang bertaraf antarabangsa dapat dirasai seawal pintu dibuka hingga tamat lawatan. Para peserta juga diberi peluang bergambar dengan kenderaan yang digunakan bagi merakamkan memori semasa berada disini.
Stadium ikonik milik Kelab JDT ini bukan sahaja digunakan sebagai stadium bola sepak malahan juga merupakan destinasi pelancongan dan aktiviti riadah buat para pengunjung yang berkunjung di stadium ini.
Pihak Tourism Johor merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan pada hari ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *