FESTIVAL CHINGAY 2023

11 Februari 2023 – FESTIVAL CHINGAY 2023

Menjunjung kasih DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat merasmikan serta menyaksikan Festival Perarakan Chingay 2023 yang berlangsung di Komtar JBCC, Johor Bahru.

Festival Perarakan Chingay di Johor telah menjadi tradisi tahunan sejak tahun 1800-an. Bagi penduduk Cina di Johor, Tahun Baru Cina hanya berakhir sebaik sahaja “Perarakan Dewa-Dewa” selesai. Acara hebat ini, yang diisytiharkan sebagai Warisan Budaya Kebangsaan pada tahun 2012 dan telah muncul sebagai karnival kebudayaan dan tarikan pelancong.

DYMM Sultan Johor tiba pada jam 08.40 malam dengan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi bin Rohani, dan di sambut oleh Yang Amat Berhormat, Datuk Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi, Menteri Besar Johor ke Pentas Diraja.

Hadir sama, YB Raven Kumar Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, YB Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Barisan EXCO Negeri Johor, Tuan Haji Suhairi Haji Hashim, Pengarah Tourism Johor, Ho Sow Tong, Presiden Persekutuan Tiong-Hua Johor Bahru serta Barisan Dif-Dif Kehormat Negeri Johor.

#tourismjohor

#majesticjohor

#yokroundjohor