Bahang penganjuran acara terbesar dunia, Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-26, 2024 kian terasa.
Festival terbesar dunia ini akan bermula pada 24 Februari 2024 hingga 3 Mac 2024 bertempat di Bukit Layang-Layang, Bandaraya Pasir Gudang, Johor dengan bertemakan “Budaya Dinamik”.
Majlis perasmian festival ini akan berlangsung pada 2 Mac 2024, bertempat di Astaka Tradisional, Bukit Layang-Layang, Bandaraya Pasir Gudang dan dijangka akan disempurnakan majlis perasmiannya oleh YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor.
Penganjuran pada tahun 2024 bakal menyaksikan penglibatan seramai 130 peserta antarabangsa dari 39 buah negara dan lebih 400 orang peserta tempatan dari seluruh negeri.
Dengan sasaran kehadiran pengunjung seramai 500,000 orang sepanjang festival berlangsung, dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun oleh pihak penganjur bermula dengan acara ‘Gema Festival’, diikuti acara Pasir Gudang Berselawat, Pertandingan Drone Bercahaya, Pertandingan Silat, Malam Kenduri Kampung, Persembahan Artis Jemputan, Pertandingan Mewarna, gerai pameran, gerai jualan dan pelbagai lagi aktiviti sampingan.
Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG), 2024 Kali Ke-26, bolehlah hubungi:-
Sektetariat
Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG), 2024 buat Kali Ke-26

Taman Bandar
Bandaraya Pasir Gudang, Johor

(Haji Ismail Bin Haji Mat Taib – Setiausaha)

(Haji Anuar Bin Abd Ghani)

(Cik Nur’Ain Natasha Fauzi)
.