INFORMASI PELANCONGAN JOHOR BAHRU KINI DI HUJUNG JARI
Inisiatif platform ekosistem pelancongan digital yang memberikan keterujaan kepada warga bandar raya serta pelancong itu menampilkan 13 lokasi tarikan di Johor Bahru dan telah berjaya mengumpulkan 8,000 pengikut dalam masa dua bulan sekali gus akan diperluaskan ke daerah lain di negeri ini.
Adanya JBQR ini membolehkan orang ramai memuat naik maklumat setiap lokasi tarikan dan dilengkapi Pula dengan navigasi itu, dijangka mampu melonjakkan sektor pelancongan, pekerjaan dan ekonomi setempat menerusi platform komuniti disediakan.