Johor fokus jayakan Tahun Melawat Johor 2026

ISKANDAR PUTERI – Bagi menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026, kerajaan negeri akan melakukan kerja menaik taraf infrastruktur pelancongan  sedia ada serta menggerakkan promosikan semua produk pelancongan dengan lebih. agresif.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, menerusi Belanjawan Johor 2024, sebanyak RM 67.6 juta peruntukan untuk menaik taraf infrastruktur pelancongan.

Terdapat 10 projek pembangunan infrastruktur pelancongan yang akan siap pada tahun ini. Antaranya adalah naiktaraf kemudahan dan pembinaan baru bumbung kanopi di komplekspelawat Air Terjun Gunung Ledang, menaiktaraf laman tiba Taman Negara Johor, Tg Piai dekat Pontian, kemudahan infrastruktur penginapan dan kompleks pelawat di Taman Negara Johor Endau-Rompin Peta.

Selain menaik taraf kemudahan sistem pembentungan di kawasan penginapan dan kawasan pembinaan trail head di Taman Negara Johor Gunung Ledang, penanda arah baru di setiap Taman Negara Johor, fasiliti sedia ada di Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Segamat dan Gunung Belumut, Kluang.

Turut dinaiktaraf pembinaan trek basikal gunung atau mountain bike di Hutan Simpan Gunung Pulai, Kulai untuk penganjuran sukan bertaraf antarabangsa, Zoo Johor, Bangunan Muzium Tokoh Johor dan Kemudahan Asas dan Infrastruktur Pantai Air Papan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Anuar Abd. Manap (BN-Pemanis), Azizul Bachok (BN-Tiram), Datuk Mohamad Najib Samuri (BN-Parit-Yaani), Datuk Pandak Ahmad (BN-Kota Iskandar) Amira Aisya Abd. Aziz (MUDA-Puteri Wangsa), Liow Cai Tung (PH-Johor Jaya), Ng Yak Howe (PH-Bentayan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar hari ini.

Sementara itu, Onn Hafiz menjangka terdapat empat projek yang akan siap tahun hadapan membabitkan naik taraf Dataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi, Pantai Teluk Mahkota dan pembangunan River Cruise di Kota Tinggi, Kampung Sungai Melayu dan Tapak Perkhemahan,Taman Permainan Dan Kolam Mandi di Hutan Bandar MBJB dan pembinaan Perkampungan Seramik di Pasir Gudang.

“Enam inisiatif itu adalah memperhebatkan kempen promosi pelancongan dan pengiklanan pelancongan dalam dan luar negara, penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa di negeri Johor dan meningkatkan penyertaan siri promosi pelancongan dalam dan luar Negara,” katanya.-MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2024/05/15/johor-fokus-jayakan-tahun-melawat-johor-2026/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *