Johor rancang kolaborasi dengan KJH menerusi Tourism Johor, Majestic Johor

Johor Bahru: Kerajaan Johor merancang untuk bekerjasama menganjurkan Karnival Jom Heboh (KJH) menerusi kolaborasi Tourism Johor dan Majestic Johor tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah berkata, usaha itu bagi memastikan penganjuran program yang menjadi platform kepada usahawan muda tempatan dapat dibuat dengan skala lebih besar dan memberi impak lebih luas.

Katanya, melihat penganjuran tiga hari KJH X Hari Nanas Malaysia kali ini yang mencatat lebih 250,000 pengunjung setakat semalam di Angsana Johor Bahru Mall.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Media Prima yang mana telah menganjurkan satu program atau satu platform untuk usahawan yang baru bermula yang menapak.

“Saya lihat ramai usahawan khususnya usahawan muda di negeri Johor, yang meletakkan mereka di satu tahap lebih tinggi untuk meningkatkan pasarannya dan berdaya saing dengan peniaga lain.

“InshaAllah tahun hadapan kalau boleh bawa program yang lagi besar. Hari ini kalau kita tengok ramai pengunjung yang datang seawal pagi. Saya bersama Pengarah Tourism Johor (Mohammad Nazrul Abd Rahim) mungkin boleh merancang lebih awal. Mungkin dengan Majestic Johor sekali dan saya mengharapkan juga tahun hadapan melibatkan artis anak tempatan Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat reruai di KJH X Hari Nanas Malaysia bersama Ketua Pegawai Operasi Media Prima, Datuk Efendi Omar di tapak KJH di Angsana Johor Bahru Mall di sini, hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/06/1235222/johor-rancang-kolaborasi-dengan-kjh-menerusi-tourism-johor-majestic-johor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *