JTI Phase 2 Launching

18 Julai 2022 (Isnin) – Pelancaran Johor Tourism Interchange fasa 2 (Market Place) bersempena pertandingan sosial media Majestic Johor 2022.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor.

Turut hadir sama Ts @drazlanmy, Timbalan Pengarah Tourism Johor, En. Mohd Fairuz Iskandar bin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Tourism Interchange (JTI) serta wakil daripada hotel-hotel dan agensi pelancongan di Negeri Johor.

Johor Tourism Interchange (JTI) secara rasminya telah melancarkan Johor Tourism Interchange Fasa 2 “Market Place” dengan komponen pengguna baharu yang menyediakan pengalaman penyemakan imbas yang lebih mesra pengguna, bersama baucar percuma untuk ditebus oleh orang ramai. Dijangkakan aplikasi ini akan menjadi “superapp” untuk pelancong domestik dan juga pelancong antarabangsa yang berhasrat untuk melawat Johor.

#TourismJohor

#majesticjohor

#yokroundjohor

#mzmt