LAWATAN KERJA OLEH YB DATO’ SRI MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA KE FOREST CITY, GELANG PATAH, JOHOR

Sekitar lawatan kerja oleh YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) ke Forest City, Gelang Patah, Johor bagi meninjau lokasi sesuai untuk penganjuran program “ASEAN Tourism Forum (ATF)” pada tahun hadapan yang dijadualkan pada 19 hingga 25 Januari 2025.
Untuk makluman, penganjuran program ATF 2025 ini merupakan acara terbesar sektor pelancongan di peringkat rantau ASEAN yang diadakan setiap tahun.
Manakala bagi tahun 2025 adalah merupakan tahun giliran Malaysia untuk menjadi tuan rumah dan merupakan satu sejarah bagi Negeri Johor yang telah dipilih sebagai tuan rumah penganjuran persidangan forum pelancongan terbesar selain mempromosikan Forest City sebagai salah satu produk pelancongan di negeri Johor seiring dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, untuk menjadikan Forest City sebagai Zon Kewangan Khas baharu di Malaysia.
Hadir sama dalam lawatan kerja oleh YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ini adalah YB Tuan Raven Kumar a/ Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan Dan Budaya Negeri Johor; Encik Sharil Nizam Bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor; YBhg. Dato’ Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha MOTAC, Encik Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia dan Cik Yong Ee Chin, Setiausaha Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa (DPL) MOTAC serta ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan agensi yang berkaitan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *