Majlis Berbuka Puasa & Silaturrahim Ramadhan 1445H oleh YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor bersama pemain industri pelancongan Negeri Johor dan media bertempat di kediaman rasmi YAB Menteri Besar Johor (SAUJANA), Johor Bahru.
Antara jemputan yang hadir ke Majlis ini ialah YB Tuan Aznan Bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor; Encik Sharil Nizam Bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor; Encik Saifudin Bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif JETCO – Johor Economic, Tourism and Cultural Office Singapore ; YBhg. Dato’ Haji Salim Bin Aman, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor; Puan Magdlane Tuborng Melai, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor; Encik Muhammad Nasir Bin Pahmi, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan; Cik Noor Azima Binti Mohd Alwi, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Johor; Encik Saiful Hisham Mansor, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor ; Encik Azman Hashim, Pengarah Penyiaran Negeri Johor dan Encik Mohd Fauzi Bin Ishak, Presiden Kelab Media Johor.
Turut hadir dalam program Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Menteri Besar Johor ini ialah Kol (B) Mohd Jamal Salleh, Pengerusi Greater Desaru; Encik Mohd Amin Bin Kadiman, Timbalan Pengarah Tourism Johor; YBhg Dato’ Sri Jacky Ker Cherk Yee, Chairman Tiara Desaru Seaview Residences; Wan Suziana Wan Othman, Vice President IRDA Malaysia; Kennedy Ayu, CEO Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd.; Encik Ivan Teo, Chairman MAH Johor Chapter; CS Lim, Divisional Director of LEGOLAND Malaysia ; Encik Jimmy Leong, Pengerusi JTGA Johor; Ms Thila Munusamy, Director of Sales & Marketing, LEGOLAND Malaysia; Encik Chong Kai Siang, CEO Austin Heights ; Olivia Oii, Pengurus Besar Jualan Desaru Coast Malaysia ; Madam Pauline Chua, Pengurus Besar Amari Johor Bahru; Serena Yong, CEO Regency Specialist Hospital serta para jemputan lain yang terdiri daripada hotel, resort, Kompleks Beli-Belah, hospital, media cetak elektronik, ‘influencers’ dan lain-lain jemputan.
Terima kasih diatas kehadiran semua yang sama-sama turut serta meraikan Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Menteri Besar Johor.