MAJLIS MERAIKAN PELAYARAN PERDANA DARI BATAM, INDONESIA KE TERMINAL FERI TANJUNG BELUNGKOR, KOTA TINGGI, JOHOR

Sekitar majlis meraikan ketibaan Pelayaran Perdana yang membawa delegasi dari Batam, Indonesia ke Terminal Feri Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.
Detik bersejarah yang menyaksikan ketibaan pelayaran sulung dari Batam, Indonesia yang membawa penumpang seramai 50 orang yang terdiri daripada agensi-agensi pelancongan (Travel Agent) dan 10 orang media Indonesia sempena program “Inaugaral Sail Batam (Indonesia) – Tanjung Belungkor (Johor) Fam Trips”.
Antara jemputan VIP yang hadir menyaksikan dan seterusnya menyambut ketibaan para penumpang pelayaran perdana ini ialah Yang Berhormat Tuan Aznan Bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kawasan Tanjung Surat diiringi oleh Encik Sharil Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor dan Kolonel (B) Mohd Jamal bin Salleh, Pengarah Urusan, Southern Reef Sdn Bhd yang juga Presiden Persatuan Golf Pelancongan Negeri Johor.
Hadir sama meraikan majlis sambutan pelayaran perdana ini ialah Tuan Haji Rosnan bin Fathlal, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor; Barisan Pengarah-Pengarah dan Pengurus Wisata dari Indonesia; jemputan media dan lain-lain jemputan.
Pengisian program sempena pelayaran perdana ini termasuklah sesi taklimat “product updates” oleh Pegawai Tourism Johor, sesi “B2B” yang melibatkan agensi-agensi pelancongan Batam dan Johor, sesi sidang media dan majlis berbuka puasa.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program sambutan pelayaran perdana ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *