MAJLIS PERASMIAN MATTA FAIR JOHOR 2024
YBhg. Encik Sharil Nizam Bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor hari ini merasmikan pameran Pelancongan, MATTA Fair Johor 2024, dengan diiringi oleh Puan Kathryn Lee, MATTA Johor Chapter Chairman bertempat di AICC, Mount Austin, Johor Bahru, Johor.
Kerajaan Negeri Johor menerusi Tourism Johor amat komited dalam membantu menyokong usaha MATTA Johor dan pemain industri pelancongan negeri Johor bagi menarik lebih ramai pelawat ke Negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya melalui penganjuran MATTA Fair Johor 2024 ini.
MATTA Fair Johor 2024 berlangsung dari 8 – 10 Mac 2024 bertempat di AICC, Mount Austin, Johor Bahru dari jam 10.30 pagi hingga 9.30 malam.