YBrs. Encik Sharil Nizam Bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor hari ini merasmikan pameran Pelancongan, MITM Travel Fair Johor 2024, dengan diiringi oleh Encik Edwin Tay, MCTA Johor Chapter Chairman bertempat di Sutera Mall, Johor Bahru, Johor.
Kerajaan Negeri Johor menerusi Tourism Johor amat komited dalam membantu menyokong usaha MCTA Johor dan pemain industri pelancongan negeri Johor bagi menarik lebih ramai pelawat ke Negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya melalui penganjuran MITM Travel Fair Johor 2024 ini.
MITM Travel Fair Johor 2024 berlangsung pada 15 – 17 Mac 2024 bertempat di Sutera Mall, Johor Bahru dari jam 10.00 pagi hingga 10.000 malam. Masuk adalah percuma.