Majlis sidang media penganjuran “2nd Asia Durian Summit & Agroworld Malaysia 2024”

angkuman video bagi Majlis sidang media penganjuran “2nd Asia Durian Summit & Agroworld Malaysia 2024” yang berlangsung petang ini bertempat di ‘Atrium JOTIC’, Pusat Penerangan Pelancong Johor (JOTIC), Johor Bahru.
Majlis dipengerusikan oleh Encik Sharil Nizam Bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor. Hadir sama termasuklah Encik Mohd Nurulamin Bin Abd. Rahaman, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Johor Bahru; Encik Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi); Encik Azizi Azimi Mat Nanyan, wakil Pengarah FAMA Negeri Johor; Encik Hilmi Syawal Bin Heiruddin, Wakil Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor; Ir Haji Syarul Izam Bin Sarifudin, wakil Forest City; Master Tong, Malaysia Musang King (Consultant), ketua-ketua jabatan serta wakil, badan NGO Negeri Joho, MyBHA, para pengamal media cetak & elektrik negeri Johor.
Negeri Johor akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran acara bertaraf antarabangsa iaitu “2nd Asia Durian Summit & Agroworld Malaysia 2024” yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Jun 2024 bertempat di Forest City, Gelang Patah, Johor. Penganjuran acara ini adalah merupakan anjuran Persatuan Industri Durian Malaysia dan IMS Asia dengan Kerjasama serta sokongan daripada Kerajaan Negeri menerusi Tourism Johor, Jabatan Pertanian Negeri Johor dan FAMA Negeri Johor.
Acara yang merupakan usaha serta inisiatif untuk mempromosikan musim durian bagi melonjakkan aktiviti agro-pelancongan di negeri Johor yang juga merupakan pengeluar durian di negara ini.

https://www.facebook.com/tourismjohor/videos/rangkuman-video-bagi-majlis-sidang-media-penganjuran-2nd-asia-durian-summit-agro/860922399417241/?mibextid=WC7FNe&rdid=P7R7D1cI6SDC3wEz

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *