Johor Health and Medical Tourism Training

Tourism Johor bakal mengadakan ‘Johor Health and Medical Tourism Training’ pada 20 Februari 2023 untuk merancakkan lagi industri pelancongan perubatan di negeri Johor. Pelbagai info yang menarik yang bakal dikongsikan oleh pakar yang dibawakan khas untuk para peserta.

Ia merupakan peluang untuk pemain industri bertukar-tukar pandangan, pendapat, teknik dan kaedah bagi menarik lebih ramai warga asing ke Malaysia (terutama Johor) untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Jom untuk bersama-sama Tourism Johor mengikuti seminar “Johor Health and Medical Tourism Training” di Millesime Hotel, Iskandar Puteri, Johor.

#tourismjohor

#majesticjohor

#yokroundjohor