Mesyuarat YAB Menteri Besar Johor Bersama Agensi Kerajaan dan Stakeholder Pelancongan Negeri Johor

Februari 25 – Mesyuarat YAB Menteri Besar Johor Bersama Agensi Kerajaan dan Stakeholder Pelancongan Negeri Johor telah diadakan dibilik mesyuarat utama Blok C, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Pelbagai topik yang telah dibincangkan antaranya adalah program dan acara pelancongan sepanjang tahun 2024 – 2026 bagi mempromosikan negeri Johor dan persediaan Tahun Melawat Johor 2026.
Bukan itu sahaja beliau juga menegaskan persediaan dari segi infrastruktur amat perlu bagi persiapan Tahun Melawat Johor 2026 dengan sasaran 12 juta pelancong.
Hadir sama YB Raven Kumar Krishnasamy, Pengerusi Perpaduan, Warisan, dan Budaya Negeri Johor, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Pemantauan, Tuan Pegawai-pegawai Daerah, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Johor, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, ketua-ketua serta wakil Jabatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, Pengerusi-pengerusi dan wakil-wakil Persatuan Penggiat Pelancongan Negeri Johor.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *