Program Networking session telah diadakan di Holiday Inn Johor Bahru dengan kehadiran delegasi dari Singapura Johor bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala dan berkongsi idea dalam mempromosikan pasaran industri pelancongan.
Peserta terdiri daripada agensi pelancongan Singapura dan turut hadir sama pemain-pemain industri di Malaysia seperti Trinidad Hotel, Austin Height Group, LEGOLAND Malaysia dan Desaru Coast, Johor serta agensi-agensi yang terlibat.
Program ini turut dihadiri oleh Pn Magdlane Tuborng Melai, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Johor, Encik Amirul Ardi bin A.Rahim, Pengurus JETCO, Encik Mohd Amin bin Kadiman, Timbalan Pengarah Tourism Johor, Pn Salina Taslim, Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor, Dr Muhammad Aiman Nasuha bin Azari, Yayasan Warisan Johor, Pn Wan Suzianna binti Wan Osman wakil IRDA, dan Pn Norwati Abdul Wahab, Pengurus Bahagian Media dan Komunikasi Koprat, Perbadanan Taman Negara.
Hubungan erat ini diharap dapat mempertingkatkan lagi industri pelancongan di Johor bagi menuju Tahun Melawat Johor 2026.