Sekitar persiapan ruang pameran “Pavilion Tourism Johor” sempena pameran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITM) yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 Mac 2024, mulai jam 10.00 pagi – 10.00 malam bertempat di Sutera Mall, Johor Bahru, Johor.
Pameran pelancongan ini adalah anjuran Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) Negeri Johor yang turut mendapat sokongan daripada Tourism Johor, Tourism Malaysia Wilayah Selatan dan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor, melibatkan lebih 50 ruang pameran pelancongan termasuklah ‘Tourism Johor Pavilion’ yang akan menawarkan pelbagai pakej pelancongan dengan harga istimewa seperti pakej hotel, resort, taman tema, pelayaran, pulau, golf dan sebagainya.
Majlis perasmian pameran ini akan berlangsung pada Jumaat, 15 Mac 2024 jam 11.00 pagi. Pameran ini dijangka akan menarik lebih 20,000 orang pengunjung mengunjungi pameran tersebut selama tiga (3) hari dan masuk adalah percuma.