1 April 2022 – Tepat jam 12 Malam, pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura sudah dibuka. Selama 2 tahun sempadan negara tidak dibuka akibat pandemik Covid 19 dan menyebabkan pelbagai sektor terutamanya sektor pelancongan telah ditutup.
Turut hadir Tuan Haji Suhairi Bin Haji Hashim, Pengarah Tourism Johor dan Ts. Dr. Mohd Azlan bin Ab. Jalil, Timbalan Pengarah Tourism Johor, di Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Johor bagi menyaksikan pembukaan sempadan antara Malaysia dan Singapura.