PERSONEL MYSTEP JULAI 2022

IKLAN JAWATAN KOSONG PERSONEL MYSTEP JULAI 2022

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan KONTRAK berikut di Tourism Johor.

SYARAT LANTIKAN DAN KELULUSAN
JAWATAN – PERSONEL MYSTEP
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN – EKONOMI
KUMPULAN PERKHIDMATAN – PELAKSANA
TEMPOH LANTIKAN – SEHINGGA DISEMBER 2022
KADAR UPAH – RM1,800.00

i. SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
(d) Calon yang mempunyai sijil pengkhususan dalam Bidang Komunikasi & Media dan Rekabentuk Grafik akan DIBERI KEUTAMAAN.

ii. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU & MATEMATIK
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

iii. UJIAN SARINGAN PSIKOLOGI
Calon hendaklah menduduki ujian psikologi yang telah ditetapkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi saringan Psikologi.

iv. DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa kesemasa.

v. PERMOHONAN
Borang permohonan boleh didapati di pejabat Tourism Johor yang beralamat di:-

Tourism Johor
Aras 3-24, Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Johor (JOTIC)
No. 2, Jalan Ayer Molek
80000 JOHOR BAHRU

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 20 JULAI 2022
(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

NOTA:
1. PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
i) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini;
ii) Calon yang mempunyai pengalaman atau kemahiran di dalam bidang penyelidikan, pengumpulan data pelancongan, analisa, multimedia, media sosial, promosi, pemasaran, pembangunan produk dan pengendalian kursus digalakkan memohon jawatan ini.
iii) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;
iv) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;
v) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;
vi) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
vii) Tourism Johor tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.