Amari Johor Bahru telah menganjurkan agihan bubur lambuk di hadapan hotel kepada orang ramai khasnya mereka yang menggunakan laluan di Jalan Terus.
Majlis diserikan dengan kehadiran Encik Sharil Nizam Bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor dan Ms. Pauline Chua, Pengurus Besar Amari Johor Bahru yang turut sama-sama menyantuni orang ramai dan pengguna Jalan Terus dengan menyampaikan edaran bubur lambuk secara percuma.
Hadir sama memeriahkan program sempena bulan Ramadhan ini, Encik Mohd Amin Bin Kadiman, Timbalan Pengarah Tourism Johor; Puan Nur Maziah Binti Ab Razak, Penolong Pengarah Tourism Johor serta kakitangan Tourism Johor dan Amari Johor Bahru.