Sekitar sesi ‘walk-about’ dan ramah mesra YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan Dan Budaya Negeri Johor bersama usahawan kraf sempena penganjuran Festival Kraf Kebangsaan (FKK) 2024 yang sedang berlangsung bertempat di Sunway Big Box, Iskandar Puteri, Johor jam 11.00 pagi tadi.
Ketibaan Yang Berhormat ke lokasi festival ini disambut oleh Cik Noor Azima Binti Mohd Alwi, Pengarah Kraftangan Malaysia Negeri Johor.
Hadir sama menyambut dan mengiringi Yang Berhormat ke sesi ‘walk-about’ dan ramah mesra tersebut ialah Ms. Chresentia Eva Sadatal, Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, para pegawai dari Tourism Johor, Tourism Malaysia Wilayah Selatan dan Kraftangan Malaysia Negeri Johor.
Kepada anda yang sedang mencari produk kraf untuk persiapan Aidilfitri seperti hiasan bunga, kraftangan berasaskan ukiran kayu, anyaman dari daun mengkuang dan sebagainya malah baju raya, boleh dapatkan di 𝑭𝒆𝒔𝒕𝒊𝒗𝒂𝒍 𝑲𝒓𝒂𝒇 𝑲𝒆𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂𝒂𝒏 (𝑭𝑲𝑲) 2024 sebagaimana maklumat berikut:-



Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pihak penganjur, antaranya:-









