TEMBOK LAMA CERITA BAHARU

TEMBOK LAMA CERITA BAHARU
Terletak betul-betul di tengah bandar raya Johor Bahru, penjara ni dahulunya pernah jadi tempat ‘rehat’ rasmi untuk mereka yang tersilap jalan.
Tapi sekarang, bekas Penjara Ayer Molek yang berusia 142 tahun atau kini dikenali sebagai Kota Jail dihidupkan semula sebagai salah satu tarikan pelancongan baharu di Johor.
Dibuka pada 1883, ia merupakan antara penjara tertua di Malaysia. Bagaimanapun, setelah ditutup selama tujuh tahun, ia kini kembali berfungsi sebagai hab seni, budaya dan warisan, sambil mengekalkan struktur asal bangunannya.
📍Kota Jail, Jalan Ayer Molek, Johor.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *