11 JUN 2022 – Hari ini, Tourism Johor berbesar hati menyelaras lawatan suai-kenal ke destinasi pelancongan menarik di sekitar Bandaraya Johor Bahru dan Iskandar Puteri, Johor kepada para hakim, peserta qari dan qariah Tilawah Al-Quran Dan Hafazan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 Negeri Johor Darul Ta’zim.
Alhamdulillah, pada tahun ini Negeri Johor dipilih sebagai tuan rumah bagi Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru bermula pada 12 hingga 17 Jun 2022.
Antara lokasi yang di lawati termasuklah:-
1) Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn;
2) Stadium Sultan Ibrahim;
3) Kota Iskandar;
4) Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
Sehubungan dengan itu, Tourism Johor ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini.