Menginap, sahur & iftar di hotel-hotel terpilih sekitar Bandaraya Johor Bahru dengan harga istimewa sempena Ramadhan ini? Macam menarik pakej yang ditawarkan!
Bersempena dengan Bulan Ramadhan Almubarak yang telah pun bermula hari ini (12 Mac 2024), mungkin ada dikalangan kita tetap tidak mahu ketinggalan untuk merancang membawa keluarga tersayang berkunjung ke sekitar Bandaraya Johor Bahru walaupun puasa baru bermula namun ingin membuat persediaan awal mencari keperluan persediaan Aidilfitri dan ‘staycation’ dengan bermalam di sekitar Bandaraya Johor Bahru.
Menarik mengenai ‘staycation’ ini disepanjang Bulan Ramadhan Almubarak kerana harga yang ditawarkan cukup berbaloi dimana hotel-hotel yang mengambil bahagian ini turut menyediakan pakej ‘staycation’ beserta sahur dan iftar.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Johor menerusi Tourism Johor telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Pakej Staycation Ramadhan Majestic Johor 2024 bermula hari ini disekitar hotel-hotel terpilih yang mengambil bahagian menyediakan pakej menarik ini bermula pada 14 Mac 2024 hingga 8 April 2024.
Pakej ini menjadi inisiatif yang signifikan bagi merancakkan industri pelancongan domestik dan antarabangsa terutamanya negara Singapura dengan pelbagai promosi istimewa pakej penginapan, berbuka puasa berserta bersahur di hotel-hotel sekitar Johor Bahru selain aktiviti membeli-belah sepanjang bulan Ramadhan.
Berikut adalah senarai hotel-hotel yang terlibat mengambil bahagian bagi menjayakan pakej promosi ini.
OPERO Hotel Southkey Johor Bahru
Sunway Hotel Big Box Iskandar Puteri
St. Giles Southkey Johor Bahru
Impiana Hotel Senai Johor
Pelbagai juadah yang membuka selera untuk dinikmati dengan persekitaran yang ideal di Bandaraya Johor Bahru serta harga yang ditawarkan amat berpatutan untuk percutian sepanjang Ramadan pastinya memberi pengalaman bermakna kepada pengunjung.
Pakej penginapan Premium ini hanya ditawarkan pada hari biasa atau “weekdays” bagi membolehkan tetamu berehat dan bersantai dengan selesa di hotel-hotel terpilih dengan harga istimewa sepanjang bulan Ramadhan.
Tetamu boleh daftar masuk serta daftar keluar pada bila-bila masa. Tempahan boleh dibuat melalui online dengan mengimbas kod QR di setiap hotel sebagaimana poster dikembarkan.
Negeri Johor sangat komited menjadikan negeri Johor sebagai destinasi pelancongan pilihan utama selain bertepatan dengan langkah persediaan bagi pelaksanaan Tahun Melawat Johor 2026 yang menyasarkan kehadiran seramai 12 juta pelancong.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Facebook, Instagram dan Laman Sesawang Tourism Johor atau imbas kod QR yang tertera.