6 Julai 2022 – Program hari ke-2 lawatan oleh Tourism Pahang yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Hj Sh Mohmed Puzi Bin Sh Ali, Timbalan Pengerusi Tourism Pahang; Encik Kamaruddin Bin Ibrahim, Pengurus Besar Tourism Pahang dan rombongan Tourism Pahang diteruskan ke Muzium Nelayan Tanjung Balau, Pantai Tanjung Balau, Tanjung Balau Beach Resort dan Teratak Penawar.
Turut mengikuti lawatan ke sekitar pusat peranginan Tanjung Balau ini termasuklah YB Dato’ Shahid Bin Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Raub; Encik Khairul Anuar Bin Idris, Ketua Audit Dalam, Unit Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang; wakil daripada Tourism Johor, Tourism Kejora dan Persatuan Pelancongan Daerah Kota Tinggi.
Terima kasih di atas kesudian YB Dato’ Sri dan ahli rombongan dari negeri Pahang atas kesudian mengadakan kunjungan ke Daerah Kota Tinggi dan melawat ke beberapa destinasi menarik di sekitar Bandar Kota Tinggi, Desaru dan Tanjung Balau termasuklah Muzium Nelayan Tanjung Balau , BAYU BALAU BEACH RESORT dan Teratak Penawar.