Johor sasar 12j pelancong asing sempena Tahun Melawat Johor

JOHOR BAHRU, 19 Dis: Seramai 1,210 penggiat industri pelancongan di seluruh Johor menerima manfaat menerusi inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ).

BKJ melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM540,000, sebagai usaha kerajaan negeri menghargai sumbangan golongan berkenaan terhadap pembangunan sektor pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Johor Raven Kumar Krishnasamy berkata, bantuan tersebut disalurkan khusus kepada pemandu pelancong dan pemandu bot yang berperanan penting dalam memastikan pengalaman pelancongan yang selamat, teratur dan berkualiti kepada pelancong tempatan serta antarabangsa.

Menurutnya, setiap penerima layak menerima bantuan berjumlah RM400 seorang yang akan disalurkan secara berperingkat melalui dua fasa pembayaran.

“Fasa pertama melibatkan bayaran RM200 yang dijadualkan pada Disember 2025, manakala baki RM200 lagi akan disalurkan pada Februari 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Kasih Johor (BKJ) Kepada Pemandu Bot dan Pemandu Pelancong Negeri Johor yang berlangsung di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di sini.

Raven Kumar menjelaskan, inisiatif BKJ mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan penggiat pelancongan sering cabaran khususnya dari segi pendapatan tidak menentu serta perubahan trend pelancongan semasa.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban kewangan penerima selain memberi dorongan untuk mereka terus komited dalam menyediakan perkhidmatan terbaik,” ujarnya.

Beliau berkata, sektor pelancongan merupakan antara penyumbang penting kepada ekonomi Johor, justeru kebajikan pemain industri di peringkat akar umbi perlu diberi perhatian berterusan.

Secara keseluruhan, BKJ dijangka memberi manfaat kepada 324 pemandu bot dan 886 pemandu pelancong berdaftar di seluruh negeri.-TVS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *