SEGAMAT: Perluasan perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) ke Johor Bahru yang kini pada fasa akhir persiapan, dijangka memperkukuh akses mobiliti pengangkutan awam dan sektor pelancongan di Johor menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
- Perkhidmatan ETS3 akan dilanjutkan ke Johor Bahru selewat-lewatnya pertengahan Disember, melibatkan hentian di Segamat, Kluang dan Kulai sebelum berakhir di Stesen JB Sentral.
- Langkah ini dijangka memperkukuh mobiliti pengangkutan awam dan sektor pelancongan Johor, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2026.
- Kerja teknikal sedang disempurnakan sebelum pengumuman harga tiket, sekali gus melengkapkan jajaran kereta api pantai barat Semenanjung.
Beliau berkata perkhidmatan baharu itu, yang dijadual beroperasi selewat-lewatnya pertengahan Disember, juga dilihat mampu menyokong peningkatan jumlah pelancong sempena Tahun Melawat Johor 2026.


