Johor Bahru, 12 Disember 2025 : Kerajaan Negeri Johor melalui Tourism Johor hari ini melancarkan secara rasmi Tahun Melawat Johor 2026 dalam satu majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Pelancaran ini merupakan bermulanya Visit Johor 2026 kempen serta manifestasi komitmen Johor untuk dalam usaha Johor memperkukuh jenama pelancongan negeri sebagai destinasi pilihan serantau dan antarabangsa dengan sasaran 12 juta pelancong dan jangkaan hasil ekonomi melebihi RM42 bilion.
Pelbagai acara juga telah direncanakan sepanjang tempoh acara ini berlangsung seperti gerai jualan dan pameran interaktif oleh daerah-daerah bagi mempromosikan tarikan, adat, budaya dan makanan di setiap daerah, Sajian Johor, persembahan artis, kebudayaan & orchestra, pameran kraftangan, permainan tradisional, jualan sajian Meh Lah Johor & Rasa Fusion serta pelbagai lagi pengisian acara menarik yang disajikan kepada pengunjung.
Pentas utama tapak acara disajikan dengan pelbagai persembahan yang menampilkan artis-artis popular tanahair dari pelbagai peringkat generasi dan tidak ketinggalan juga persembahan artis budaya Yayasan Warisan Johor dan Istana Budaya turut dipertontonkan kepada orang ramai.
Antara pengisian yang menjadi tarikan utama adalah pertunjukan drone Visit Johor 2026 serta persembahan Zapin Mehlah Johor oleh 4,000 penari bagi rekod Malaysia iaitu Malaysia Book of Record (MBOR) pada 12 Disember 2025 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor.
Penganjuran acara yang dijangka menarik lebih 400,000 pengunjung dari dalam dan luar negara ini adalah usahasama Kementerian Pelancongan, Budaya dan Seni Malaysia. Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan bus percuma (shuttle bus) ke tapak acara kepada orang ramai.
Acara yang berlangsung selama empat (4) hari ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam merancakkan sektor pelancongan serta platform yang menyumbang kepada peningkatan taraf sosioekonomi tempatan melalui impak aktiviti rantaian daripada sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan.
Dengan pelancaran rasmi ini, Johor kini bersedia melangkah ke pentas dunia untuk menerima kehadiran pelancong dari seluruh pelosok dunia. Tourism Johor amat mengalu-alukan anda semua bersama keluarga dan rakan “Meh Lah Johor” serta merasai pengalaman di sepanjang acara ini dan ikuti perkembangan terkini melalui laman web rasmi Tourism Johor serta media sosial rasmi dengan #TahunMelawatJohor2026, #VisitJohor2026 dan #MajesticJohor.
https://www.santaichannel.com/kemeriahan-majlis-pelancaran-tahun-melawat-johor-2026/


